KUALA LUMPUR: Rakyat amat bersyukur kerana berkat kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Sarawak berjaya memperkukuhkan kedudukannya bukan sahaja di dalam negara, malah di mata dunia.
Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh Sarawak sehingga kini, khususnya pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
"Namun percayalah kesemua kejayaan besar yang dicapai Sarawak setakat ini, yang akan dikongsikan sendiri oleh Premier kita sebentar lagi, tidak akan dapat kita capai tanpa kestabilan politik, perpaduan dan keharmonian kaum," katanya.
Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Anak Sarawak Sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka sempena Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), sebentar tadi.
Fadillah yang juga Pengerusi Jawatankuasa IndukLBAS 2023 berkata, kerana perpaduan jitu rakyat Sarawak pimpinan Kerajaan GPS, maka suara Sarawak menjadi penentu kepada pembentukan Kerajaan Persekutuan dalam krisis politik negara pasca PRU Ke- 14 hingga ke PRU Ke- 15.
"Kerana kestabilan politik dan perpaduan yang menjadi asas kekuatan kita di Sarawak jugalah, maka kita telah mencatat kejayaan demi kejayaan dalam menuntut hak-hak Sarawak, seterusnya berjaya membina ekonomi Sarawak yang lebih ampuh," ujarnya.
Sumber dari : Jiwa Bakti